Sup Kala Jengking Ditambah Isi Ular Menjadi Menu Popular

 

Dipercayai mampu merawat penyakit darah tinggi, sawan dan juga penyakit kulit

Beijing China – China terkenal dengan pelbagai makanan tradisional yang luar biasa sehingga haiwan eksotik seperti kala jengking dan ular yang dihidangkan di wilayah Guandong dianggap sajian paling pelik dan menakutkan di dunia, lapor Oddity Central.


Sebenarnya makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama sebelum Barat menilai masakan ini mempunyai khasiatnya tersendiri.


Tetapi di utara China, kala jengking dicucuk lidi dan digoreng sangat popular di gerai tepi jalan manakala di bahagian selatan pula, serangga dianggap menu penting dalam masakan sup yang mengandungi ketulan daging ular dan ditambah dengan rempah ratus.


Walaupun, kala jengking beracun, masakan seperti ini dianggap mampu membuang toksin di dalam badan.


Malah, hidangan seperti ini perlu disediakan tukang masak berpengalaman yang tahu bagaimana untuk menyingkirkan racun supaya tidak membahayakan penggemarnya.


Satu yang anda perlu tahu, sup bukanlah digemari semua masyarakat di Guangdong dan ia dikatakan tidak sedap langsung.


Menurut perubatan tradisional China, sup ular dan kala jengking dapat membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, sawan dan penyakit kulit. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s