M4rah Isteri Tidak Hormat Lambat Angkat Telefon, Rupa-Rupanya…

 


Lumut: Panggilan telefon oleh seorang suami terhadap isterinya yang tidak berjawab rupa-rupanya membawa berita sedih apabila wanita itu ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Koh dekat sini pagi tadi.


Difahamkan, isteri lelaki tersebut tinggal berasingan dengan suaminya kerana wanita berusia 68 tahun itu mahu menjaga ibunya berusia 80-an yang uzur dan terlantar di atas katil.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Firdaus Mohd Ziker berkata, pasukan itu menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.16 pagi lantas menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian.


“Suami mangsa menghubungi bomba apabila isterinya tidak menyahut panggilannya apabila dipanggil dari luar rumah mentuanya yang berkunci dari dalam ketika tiba di rumah itu.


“Sebelum itu, lelaki tersebut ada menelefon isterinya tetapi tidak dijawab seperti kebiasaan sebelum terus pergi ke rumah itu di Kampung Koh.


“Lelaki itu bimbang kerana isterinya ada mengadu sakit dada semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Firdaus, anggota pasukan itu kemudian mengumpil pintu rumah tersebut dengan menggunakan peralatan khas selepas mendapat kebenaran daripada pihak polis. 


Jelasnya, sebaik sahaja berjaya memasuki rumah tersebut, pihaknya menemukan mangsa  terbaring di hadapan pintu bilik air.


Beliau memberitahu pasukan perubatan yang turut berada di rumah tersebut mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Firdaus menjelaskan ibu mangsa pula berada dalam keadaan tidak bermaya dan terbaring di katil di ruang tamu rumah tersebut dan diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut manakala operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 10.30 pagi.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s