Bayi 15 Bulan Maut: Taska Tidak Berdaftar, Tidak Mematuhi Arahan Keselamatan – JKM

 

Seremban: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taman asuhan kanak-kanak (Taska) di mana bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia pada Selasa didapati tidak berdaftar.


Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, taska berkenaan juga didapati tidak mematuhi peraturan- peraturan keselamatan mengenai pengasuh dan penjagaan kanak-kanak.


Menurutnya, hasil semakan mendapati pemilik taska berkenaan juga pernah membuat pra pendaftaran bagi taska dengan pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban di premis lain atas nama yang sama.


“Bagaimanapun permohonannya tidak disokong kerana tiada kelulusan daripada salah satu agensi teknikal berkaitan keselamatan kanak-kanak.


“Taska berkenaan telah ditutup pada 1 Oktober 2020 dan taska di alamat baru (tempat kejadian) sehingga kini tidak didaftarkan dan tiada dalam pemakluman pihak JKM,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.


Rosnah berkata, semakan terkini juga mendapati perakuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) taska itu telah tamat pada 13 Disember 2019.


“JKM akan membuat tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan Seksyen 6 dan Seksyen 20A(1), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) 1984.


“Taska ini sekarang ditutup bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.



Beliau berkata, pihak JKM juga akan menyantuni keluarga bayi tersebut dan bersedia memberikan perkhidmatan sokongan jika diperlukan.


Bayi berkenaan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri jam 3 petang di dalam buaian di sebuah bilik di sebuah pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan di sini pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan awal, sebelum itu mangsa telah diberi susu oleh pengasuh dan dimasukkan ke dalam bilik tidur bersama dua kanak-kanak lain pada jam 12.30 tengah hari.


Menurutnya, pada jam 3 petang, pengasuh masuk semula ke dalam bilik dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dengan keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s